“Bod*h Tak Tengok Tempat… Kau Ingat Tu Anak Patung Ke?”- Gara-Gara Mahu Dijadikan Wali, Jemaah Ini Sanggup Lambung Bayi

Baru-baru ini, tular di laman sosial Facebook apabila seorang lelaki dilihat melambung-lambung seorang bayi sambil diperhatikan oleh jemaah lain di sebuah masjid.

Menurut seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Faris Hassan Gadneh, kejadian yang berlaku di negara seberang, Indonesia itu adalah bertujuan sebagai ritual untuk menjadikan bayi tersebut sebagai wali apabila besar nanti.

“Baru tau saya, ritual lempar bayi dimasjid (biar jadi wali)… Wali murid atau wali band,” tulisnya.
Video berdurasi 12 saat yang memperlihatkan seorang jemaah lelaki lengkap berpakaian solat dan memakai kopiah itu melambung bayi tersebut beberapa kali sambil membaca beberapa ayat sebelum disahut dengan perkataan ‘Amin’ oleh sekumpulan jemaah yang lain.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun dikongsi lebih 3,000 kali dan menerima lebih 2,000 komen yang menyifatkan tindakan tersebut boleh membahayakan nyawa bayi berkenaan.
Malah, warganet turut menyifatkan perbuatan tersebut sama sekali menyimpang dari ajaran agama.

Ajaran sesat!

“Bod*h tak kena tempat… Ingat tu anak patung ke?”

Sumber: Facebook
Salma Syahbuddin