Categories: HiburanTrending

“Bodoh Piang Punya Manusia!” – Michael Ang Bengang Dengan ‘Statement’ Abang Tesla

Isu Abang Tesla sedang menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet apabila dia telah berkahwin untuk kali kedua.

Malah, warganet bertambah berang apabila dia mengeluarkan kenyataan seperti ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’ setelah menerima pelbagai kecaman.

Susulan itu, pengarah, penerbit dan pelakon Michael Ang atau mesra disapa Mike, turut meluahkan rasa berangnya dengan isu tersebut.

Katanya kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang Tesla seperti tidak berakal dan meminta para wanita untuk ‘angkat kaki’ jika berdepan dengan situasi begini.

“Isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai! Statement orang jenis apa ni? Otak kat lubang b*ntot ke apa ni?

“Kalau aku isteri pertama memang aku angkat kaki and belah aje la. Jantan macam ni mampus lagi baik.

“By the way one of the rules untuk kahwin satu lagi adalah semua kena bagi sama rata ke? Sama ada cinta, duit, air mani atau apapun??? Bodoh piang punya manusia!” luahnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Michael Ang.

Artikel Berkaitan: “Kalau Betul Sayang Isteri Pertama, Tak Ada Maknanya Menduakan,” – Shila Amzah Luah Rasa Berang

Atiqah Johari