Boss Mydin Tak Gentar Diugut Saman RM30 Juta, Caprice Pula Terkejut Sebab…

Pasaraya terbesar, Mydin hangat menjadi perbualan di media sosial selepas penyanyi rap sensasi, Caprice bertindak mahu menyaman sebanyak RM30 juta susulan sebuah ciapan yang didakwa memerli dirinya.

Ekoran itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin tampil memberi respons terhadap isu berkenaan yang berkata pihak mereka (Mydin) tidak berniat untuk memerli mana-mana pihak.

“Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa?”

“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas. Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya ringkas.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli heboh menjadi kritikan netizen semenjak selebriti ini suka mencampuri hal-hal pihak lain terutamanya dalam mengupas kes yang dilalui golongan selebriti.

Menyedari perkara tersebut, bos Mydin tampil memberi respons, selebriti ini bagaimanapun berkata masih mahu meneruskan saman kepada pihak mereka.

“Malangnya ya. Saya tidak pernah menyangka seseorang yang kita sanjungi dan hormati akan merendahkan diri untuk membenarkan pasukan media sosialnya membuat content sindirian/perlian pada saya.

“Macam mana nak nafikan sedangkan ruang comment memang tag/tau ciapan tersebut pasal saya,” katanya yang menjawab persoalan pengikutnya menerusi pautan di Instagram.

Artikel Berkaitan: Dikatakan ‘Koyak’ Dengan Sindiran, Caprice Mahu Saman Mydin – “Saya Terkejut Dan Kecewa”

Sumber: Kosmo/Instagram Caprice

Aqilah Paharuzi