Bukan Masa Nak Tunjuk Hebat, May Tukar Strategi?

Dua kumpulan lagenda tanah air iaitu XPDC dan May bakal bergabung di pentas sama pada 15 Disember ini.

Namun begitu, difahamkan konsert Metal Return 1.0 Live ini akan ditunda ke 16 Disember sekiranya Malaysia layak ke perlawanan akhir bola sepak piala AFF Suzuki.

Vokalis kumpulan May, Mus atau Mustaffa Din memaklumkan untuk konsert kali ini, dia akui persembahan mungkin tidak semantap dahulu atas faktor usia.

“ Maklum saja, kudrat waktu muda lain bezanya. Berada di agas pentas juga sudah bersyukur namun saya sedar ini bukan masa untuk tunjuk hebat di pentas lagi. Kami buat mengikut kesesuian usia.

“ Pernah juga terfikir untuk janji membuat persembahan macam waktu muda dulu, tetapi saya kena berpijak pada bumi nyata, usia dah meningkat. Saya tak mampu tetapi saya akan lakukan mengikut kemampuan. Insya Allah,” katanya ketika ditemui di sesi makan tengah hari bersama dua kumpula lagenda ini di Publika, semalam.

Tiket konsert Metal Return 1.0 Live dijual pada harga RM 60, RM 95 dan RM 150 (VIP) dan boleh didapati dengan menghubungi talian 019-2407994. 

Menerusi konsert berdurasi dua jam itu, peminat akan dihiburkan dengan 20 seleksi lagu hits daripada kedua-dua band tersebut.

SGMS Faida