Hiburan By: Maya Basir February 5, 2024 @ 1:15pm

“Bukan Nak Kata Saya Kaya…” – Tak Suka Menunjuk-Nunjuk, Marsha Milan Akui Selesa Tinggal Dengan Ibu Mentua

Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan mengakui kurang selesa apabila kediaman mentuanya tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Marsha, dia tidak gemar untuk berkongsi tentang perkara yang mengaitkan rumah kerana terlalu peribadi buat dirinya.

Malah, dia juga tidak suka untuk menunjukkan kemewahan memandangkan kediaman tersebut bukan rumahnya sendiri.

“Sebenarnya saya tak berapa senang sebab bagi saya rumah adalah privasi.

“Kalau saya muat naik pun, saya tak menunjuk-nunjuk. Sebab takut nanti jadi apa-apa pula.

“Bukan nak kata saya kaya, bila baca berita yang tular itu, saya pun tak tahu nak komen apa,” jelasnya semasa ditemui di Meet & Greet Ikonik Anugerah Juara ke-38 (AJL38) yang diadakan di Pasar Seni, semalam.

Disoal mengenai ibu mentuanya, Marsha memberitahu selesa tinggal sebumbung dengan keluarga mentua kerana sudah tinggal bersama sejak awal perkahwinan lagi.

“Alhamdulillah, lama kelamaan, saya sudah dapat menyesuaikan diri dengan mereka.

“Kalau duduk dengan suami saja, mungkin saya akan berasa sunyi. Lagipun duduk ramai-ramai macam ini, ia menyenangkan.

“Bukan semua orang boleh tinggal dengan ibu mentua dan saya faham. Bagi saya pula sebaliknya, saya okay dan selesa.

“Lagipun, ibu mentua saya tinggal seorang kerana ayah mentua sudah tiada. Jadi, bagus juga kami saling menjaga antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan kemewahan dan kemegahan rumah Marsha di Petaling Jaya, sekali gus mencuri perhatian netizen di media sosial.

Namun, video berkenaan sudah dipadam selepas Marsha meminta individu tersebut untuk berbuat demikian.

Untuk rekod, Marsha dan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail yang merupakan seorang usahawan telah mendirikan rumah tangga pada 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

‘ Kalau Saya Tahu Seronok Macam Ni, Sudah Lama…’ Anuar Zain Mengaku Seronok Guna Sosial Media

Korang dah follow ke belum? Kalau belum, cepat follow abam Nuar hari ini!

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Alahai, Wak Doyok Kantoi Tayang Gambar Kasut Dari Pinterest

Agaknya apalah yang difikirkan oleh Wak Doyok sebelum memuat naik gambar tersebut kan?

Featured Wed, 10 Aug 2022

“Putih & Idaman Para Gadis, Please Drop Your Armpit Routine!” – Amelia Henderson Dedah Terima Komen Pelik Mengenai Ketiak

Ni paling win! 🤣🤣 Ramai betul yang minta tips jaga ketiak daripada Amelia 🤣🤭 Ghisauuuu! 🤭

Featured Sat, 12 Feb 2022
Featured Wed, 23 Feb 2022