‘Bukan Sebab Orang Ketiga’- Sam Bunkface Jawab Dakwaan Perkahwinan Bermasalah

Susulan laporan mengatakan rumahtangga bersama isteri sedang bergolak, penyanyi Sam dari kumpulan Bunkface tidak menafikan hal itu.

Kata Sam ketika ditemui Xtra baru-baru ini, dia menyifatkan masalah sebagai asam garam dalam kehidupan perkahwinan.

“ Biasalah ada masa-masa begini. Kami memang ada masalah sikit tetapi masih terkawal. Kami masih tinggal bersama.

“ Sambutan Aidilfitri baru-baru ini juga kami raikan bersama,” ujarnya ringkas.

Kata penyanyi yang bakal menyerikan acara Great Amal Fest 2019 pada 23 Jun ini, dia menolak dakwaan masalah rumah tangga berkait dengan campur tangan orang ketiga.

“ Bukan…bukan sebab orang ketiga,” katanya ringkas.

Sam dan isteri, Aida Azira Husin mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Maleeq, 3.

SGMS Fas