Cakra Khan Tidak Mahu Lagi Bersedih!

Hampir lima tahun tanpa album terbaharu, penyanyi Cakra Khan memaklumkan siap sedia keluar dengan album penuh tahun ini.

Kata Cakra ketika ditemui Xtra, dia juga turut menulis lagu dalam album ketiganya itu nanti.

“Sekian lama saya pasang niat untuk menghasilkan lagu sendiri, akhirnya cita-cita bakal terlaksana.

“Cuma lagu-lagu yang ditulis oleh saya bukan lagu sedih. Sejak tahun 2012 saya asyik menyanyikan lagu sedih jadi saya bawa pembaharuan dalam karier dengan tidak lagi menyanyikan lagu sedih,” katanya yang memilih menyanyikan lagu-lagu berunsur positif sahaja.

Namun begitu, pelantun lagu Kekasih Bayangan itu tidak menolak menyanyikan lagu ‘putus cinta’ untuk sesebuah projek filem atau drama.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 26 tahun ini juga bakal sibuk berulang-alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur bermula bulan ini.

Ini kerana Cakra bakal menjadi juri tetap di samping Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk program realiti nyanyian ‘Big Stage’ terbitan Astro bermula 18 Ogos ini.

Buat Cakra, sukses terus ya!

SGMS Fas