Cantik Sangat Ke Daiyan Trisha Sampai Buat Netizen Nangis?

Boleh dikatakan sebelum ini, gimik tentang perkahwinan beliau agak menjadi sehinggakan ramai netizen dan peminat penyanyi dan pelakon ini berpatah hati. Dan, kali ini sekali lagi kemunculan beliau dalam busana perkahwinan membuatkan ramai peminat dan followers beliau memberikan komen yang positif terhadap penampilan bintang remaja ini. Kenapa agaknya?

Sumber : Instagram @daiyantrisha

Wah! cantikkan?

Gambar penyanyi yang popular menerusi lagu Langit ini viral apabila pelakon drama Dee mula memuat naik gambar tersebut dilaman sosial beliau. Dan, rata-rata netizen memuji penampilan artis ini yang pastinya mampu membuatkan korang kat luar sana amazed dengan penampilan beliau dalam busana rekaan pereka terkenal Rico Rinaldi.

Sumber : Instagram @daiyantrisha

Kesemua koleksi busana pengantin ini adalah dari rekaan pereka terkenal tanah air, yang dikenali sebagai Face Of Rico Rinaldi Bridal 2019.

Salma Syahbuddin