Che Ta Mahu Jadi Muslimah Yang Sempurna

Selepas isu kontroversi melibatkan pemandu peribadi nya, Che Ta juga mengakui beliau kini dalam usaha untuk menjadi wanita muslimah.

Rozita Che Wan, 46 atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta pastinya sudah tidak asing lagi dikalangan peminat mahupun rakan-rakan artis, kerana penampilannya yang sentiasa penuh bergaya dimana-mana jua acara.

Sumber : Instagram @rozitachewan1

Bagi Che Ta, sejak awal tahun ini lagi beliau cuab mengubah sedikit demi sedikit peampilannya dengan mengenakan fesyen yang lebih patuh syariah. 

“Saya sedang mengubah imej pemakaian saya ke arah fesyen yang lebih patuh syariah. Dan ini adalah antara usaha saya untuk menutup aurat dengan lebih sempurna. Saya tidak mahu sekadar membalut tubuh tetapi masih berdosa. Lagipun sudah tiba masanya saya belajar mengenakan pakaian yang lebih longgar ” Katanya yang mahu menjadi muslimah yang lebih sempurna. 

Sumber : Instagram @rozitachewan1

Che Ta juga mengakui beliau banyak belajar daripada adik-beradik dan rakan-rakan tentang penjagaan aurat dan penghijrahan diri ini berlaku bukanlah secara mendadak tetapi dilakukan perlahan-lahan. 

Tambahnya lagi, walaupun pada awalnya Che Ta sendiri berasa berat hati dan tidak ikhlas, tetapi lama-kelamaan perasaan itu berubah dan semakin selesa dengan imejnya sekarang. Alhamdulillah.

Nampaknya ini adalah berita gembira buat peminat-peminat Che Ta ya! Semoga Che Ta kesayangan ramai ni terus istiqomah dalam menjadi muslimah yang sempurna.

Salma Syahbuddin