‘Cinta Kita’ Buah Tangan Baharu Projector Band

LAGU ‘Cinta Kita’ hasil ciptaan Razif Projector Band merupakan single terbaharu Projector Band setelah ‘Setia Menantimu’.

Sebelum ini Projector Band pernah menjadi fenomena dengan lagu beliau ‘Sudah Ku Tahu’ pada sekitar tahun 2016 seterusnya diiringi dengan ‘Pasti Ada Kamu’, ‘Aisyah’, ‘Meskipun Kau Tahu’ dan ‘Setia Menantimu’.

‘Cinta Kita’ merupakan kesinambungan daripada lagu ‘Aisyah’. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan dengan ‘Aisyah’ versi pertama yang berkisarkan tentang lelaki yang cuba memikat gadis bernama Aisyah.

Manakala lagu ‘Cinta Kita’ pula mengisahkan tentang masam manis dalam hubungan percintaan antara seorang lelaki dengan Aisyah yang mana lelaki tersebut berharap agar Aisyah lebih menghargai dirinya.

Apa yang uniknya, buat pertama kalinya Razif membawakan rap dalam lagu ini.

Lagu ‘Cinta Kita’ tampil dengan gabungan genre slow Rock dan rap pasti akan membuat pendengar jatuh cinta dengan lagu ini.

Lagu terbaru ini juga menampilkan gitaris baru iaitu Zainal bagi menggantikan gitaris sebelum ini iaitu Edy.

SGMS Faida