Categories: HiburanSelebriti

Cinta Lokasi Bukan Pilihan Zul Ariffin

Bermula sebagai watak dalam drama kemudian terpalit dengan kontroversi cinta lokasi, babak sedemikian bagaimanapun tidak menjadi pilihan Zul Ariffin dalam membina nama dalam industri seni tanah air.

“Masa berlakon, kami tumpukan perhatian kepada kerja. Misalnya, ketika beraksi, saya tak terikat dengan skrip. Saya biasakan adlib (ubah skrip secara spontan) tapi dengan keizinan pengarah”

“Lantas, Farah terikut rentak saya. Jadi kerjasama itu berlaku secara tak langsung. Kami hanya berjumpa sama ada di set penggambaran atau ketika berlatih,” jelasnya kepada BH Online.

Sebelum ini Zul juga pernah terpalit bercinta dengan penerbit filem bagaimanapun kisah perjalanan cinta mereka tidak berpanjangan dan putus di tengah jalan.

 

SGMS Enal