Comelnya! Elvina Mohamad Kongsi Gambar Photoshoot Anak Ke-2 – “Say Hello To This Pak Arab Kecil”

Pelakon Datin Elvina Mohamad tampil berkongsi gambar anak keduanya, Ean Maleeq ketika sesi bergambar sekali gus mencuri perhatian dalam kalangan pengikutnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Elvina menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Teruja dengan kecomelan anak bongsunya, Elvina turut menggelar si kecil itu Pak Arab selepas melihatnya memperagakan jubah dan serban.

“Say hello to this pak arab kecik. The costume and props are too cute I can’t!,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya memuji kecomelan anak pelakon itu.

Fatin Nurain