“Cukup Sekadar Saya & Keluarga Tahu Apa Yang Berlaku” – Ismail Izzani Bawa Diri?

Selepas menerima pelbagai kecaman berhubung isu kontroversi mengenai sebuah video aksi panas yang tular di TikTok, penyanyi Ismail Izzani memuat naik sebuah hantaran di Instagram Stories (IGS).

Menerusi hantaran tersebut, Ismail, 22, menyatakan bahawa usah hiraukan dia asalkan dirinya dan keluarga mengetahui apa yang berlaku kerana itu sudah memadai.

Pelantun lagu Sabar itu juga menjelaskan bahawa dia tidak kisah mengenai apa yang orang ramai hendak bercakap tentangnya.

“Let me be. As long as me and my family know what’s next that’s enough.

“Say what you wanna say, I’ll stay in my lane, love your energy. Have a nice day everyone,” tulisnya.

Malah, penyanyi berkenaan turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan dirinya berada di lapangan terbang sambil memegang pasport seolah-olah membawa diri.

Terdahulu, Ismail menolak permintaan pihak media untuk ditemu bual bagi mendapatkan penjelasannya mengenai kontroversi yang terpalit.

Penyanyi berkenaan dikatakan terus pulang selepas selesai membuat persembahan bersama Naim Daniel di Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) pada petang tadi.

Artikel Berkaitan: Tular Video Aksi Panas Di Kelab Malam, Penyanyi Remaja Lelaki Popular Didakwa Ghairah Bercumbu & Berpelukan?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Asad Motawh Didakwa Sindir Ismail Izzani, Netizen Nasihat Jangan Keruhkan Keadaan – “Sekarang Dia Kena Uji, Tunggu Turn Awak”

Artikel Berkaitan: Tolak Ditemu Bual Media, Ismail Izzani ‘Angkat Kaki’ Lepas SFMM37

Atiqah Johari