Da’i Farhan Tak Mahu Berdiam Diri, Buat Laporan Polis Terhadap Pemfitnah

Tidak mahu berdiam diri, juara rancangan dakwah Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad bertindak membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial baru-baru ini. 

“Alhamdullillah dah selesai semalam…2 laporan polis dan 2 tuntutan saman telah dikemukakan buat si dia dan beberapa orang pemfitnah tegar di media sosial yang telah disenaraikan nama-nama mereka. Moga mereka berbahagia selalu.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudharat…Semoga ianya menjadi pengajaran buat semua netizen agar menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan fitnah yang mengaibkan seseorang,” tulis Farhan di dalam kapsyen perkongsian tersebut di akaun instagram miliknya. 

Juara program pencarian pendakwah nusantara, Da’i itu menjadi bualan netizen apabila memuatnaik satu entri mengumumkan yang dia telah berkahwin dengan seorang ibu tunggal anak lapan di kota Mekah baru-baru ini. 

Pelbagai spekulasi timbul sehingga teman kepada isteri pertama Farhan, seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Ches Al-Maliki tampil membuka kisah sebenar di sebalik perkahwinan kedua tersebut. 

Walau bagaimanapun, isteri pertama Farhan iaitu Fatin Nur Ain meminta semua pihak supaya berhenti membuat sebarang spekulasi kerana dia sudah redha hidup bermadu walaupun pada mulanya dia mengakui redha dalam terpaksa. 

Baca:Dilabel Lembik, Isteri Da’i Farhan Minta Hormati Keputusan

Kredit Foto: Instagram @daifarhan

Del14