Daiyan Trisha Syukur Jalani Ibadah Umrah Lagi Ramadan Ini – “Tak Sabar Nak Jumpa Cinta Hati”

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tampil meluahkan rasa syukurnya dapat mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua, semalam.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Daiyan menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

Menurut Daiyan, dirinya kini sudah berada di Madinah dan syukur niat baiknya untuk menunaikan ibadah umrah setiap Ramadan tercapai pada tahun ini.

“Assalamualaikum semua, Daiyan sekarang sudah pun berada di Madinah, kota yang paling indah. Selari dengan niat untuk menunaikan umrah setiap ramadan, syukur alhamdulillah tahun ini Daiyan dijemput sekali lagi untuk berada di sini buat kali kedua.

Dalam perkongsian tersebut, Daiyan kelihatan cantik dan berseri mengenakan hijab dan menutup aurat dengan sempurna.

Daiyan juga sempat memohon maaf dan meminta semua orang yang mengenalinya mendoakan agar ibadah yang dilakukan itu dipermudahkan.

“Daiyan pohon doa dan ampun dari kalian atas salah dan silap, dan daiyan harap semua boleh doakan perjalanan pergi balik Daiyan dan mummy, beserta semua jemaah-jemaah yang lain. semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur.

“Tak sabar nak jumpa cinta hati, beberapa hari saja lagi,” katanya.

Terdahulu, Daiyan pernah berkongsi rasa sebak dan syukurnya kerana berpeluang untuk menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali, pada April tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tempat Tak Pernah Saya Pergi, Tetapi…” – Daiyan Trisha Ambil Peluang Tunai Umrah Bersama Keluarga

Fatin Nurain