Bidas Farid Kamil, Insiden Anak Petik Cili Bukan Punca Diana Danielle Minta Cerai – “Kenapa Polis Ketuk Pintu, Dia Tak Buka?”

Selepas pelakon Farid Kamil membuat penjelasan mengenai kelemut rumah tangganya dan tampil memohon maaf secara umum serta meminta isterinya, Diana Danielle menjelaskan perkara sebenar di program Melodi TV3, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Akhirnya Dapat Jumpa Anak, Perjelas Cerita Aurora Trauma – “Diana Danielle Kena Jelaskan Betul-Betul Kepada…”  

Kini isterinya yang juga seorang pelakon Diana Danielle tampil membalas pendedahan Farid itu dengan mendakwa insiden petik cili bukanlah sebab dia memfailkan penceraian terhadap Farid.

Menerusi perkongsian di  Instagram Instastory, Diana mendedahkan dia meminta untuk bercerai dua hari sebelum insiden petik cili tersebut berlaku.

“Siapa kata, insiden petik cili is the reason I ask for divorce?

“Saya minta cerai pada 2 hari sebelum insiden itu berlaku. Yang membawa kepada hari petik cili.

“Dia tahu, bukan tak tahu. Saya beritahu dia saya failkan untuk bercerai. Dia cakap teruskan sahaja.

“Malah, dia minta untuk percepatkan. Dan sekarang berlakon keliru?,” dakwa Diana.

Tambah pelakon filem Imaginur itu, dia mendakwa tanggungjawab adalah faktor dia memfailkan cerai kerana berlaku shiqaq.

“Tanggungjawab. Tanggungjawab adalah sebabnya berlaku shiqaq berpanjangan.

“Insiden petik cili membawa kepada Aurora sehingga ke hari ini, dia sangat takut untuk berjumpa Farid. Adakah saya mahu paksa semata untuk lihat orang lain gembira?

“Saya tidak takut, Aurora sudah berumur 8 tahun. Dia boleh bercakap dengan fikirannya. Jika orang fikir saya yang meletakkan kata-kata dalam mulutnya, untuk berapa lama?

“Dia mempunyai perasaan dan mengambil masa berminggu-minggu untuk berhenti menangis apabila kami menyebut nama Farid dan kejadian itu. Jika anda fikir ia adalah insiden kecil, itulah anda. Anda tidak boleh menafikan perasaannya terhadapnya,” jelas Diana.

Lebih mengejutkan, Diana menceritakan ketika dia menghubungi polis untuk datang ke rumahnya untuk membawa anak-anak keluar daripada rumah tersebut.

“Dia menganggap ia perkara kecil, tetapi kemarahan ketika itu sangat besar.

“Jika benar, mengapa apabila saya hubungi polis untuk datang ambil kami dari rumah dan ketika polis mengetuk pintu, dia tak membuka? Mereka mengetuk berjam-jam.

“Menunggu saya untuk bawa anak-anak melalui pintu depan, tetapi sebaliknya kami terpaksa memanjat keluar kerana Farid enggan membuka pintu depan, kenapa?,” dedah Diana.

Namun begitu, Diana turut mempersoalkan permohonan maaf Farid secara terbuka yang dibuat di program Melodi TV3. Malah Diana seolah-olah bertegas tidak mahu meminta sebarang penjelasan lagi daripada suaminya itu.

“Sangat menarik apabila seseorang boleh membuat permohonan maaf seacra terbuka tetapi bukan secara peribadi.

“Saya tidak meminta apa-apa lagi. Saya tak mahu bertanya lagi. Sudah,” luah Diana.

Khairil Khusyairi