Dari Pentas Nyanyian Ke Politik…Selamat Bertugas Kris Dayanti

Diva Indonesia, Kris Dayanti sah dilantik menjadi wakil rakyat atas tiket Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).

Beliau bakal memulakan tugas untuk tempoh lima tahun ke depan bermula dari 2019- 2014.

Sebelum ini, Kris Dayanti yang popular dipanggil KD memenangi kerusi Malang Raya, Jawa Timur pada Pilihan Raya Umum Indonesia 17 April lalu,

Menerusi sebuah entri di Instagram, KD mengenakan kebaya merah sempena perlantikannya.

“ Bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,” tulis Kris Dayanti, hari ini.  

Berita ini disambut baik oleh pengikutnya di Instagram serta rakan selebriti yang turut meninggalkan ucapan tahniah.

Antaranya adalah Yuni Shara yang merupakan kakak kepada KD, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Chef Wan dan ramai lagi. 

Buat KD, semoga terus sihat seterusnya dapat menjalankan amanah menjaga kebajikan rakyat di Indonesia sebaiknya. Insha Allah!

SGMS Faida