Dayah Bakar Teruja Pertama Kali Sambut Puasa Sebagai Isteri

Pengacara Borak Kopitiam, Dayah Bakar meluahkan rasa teruja bakal menyambut Ramadan dengan membawa gelaran sebagai isteri pada tahun ini.

Kata Dayah ketika ditemui XTRA, meskipun tinggal berjauhan dengan suami, dia dan suami sepakat berjumpa sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

” Hampir setahun berkahwin, jarak lokasi tidak pernah memudarkan sedikitpun rasa cinta antara kami. Malah perasaan rindu semakin menebal apabila duduk berjauhan.

” Saya juga akan pastikan dapat memasak juadah untuk berbuka apabila suami datang ke Kuala Lumpur,” ujar Dayah yang turut berulang-alik ke Johor sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Dayah Bakar berkahwin dengan Muhammad Hanif Hamidi yang merupakan pegawai tentera pada 29 Jun tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Dayah atau nama penuhnya Nur Hidayah Abu Bakar kini mengacarakan program Sembang Sahur bermula 23 April lalu bermula pukul 11 malam di TV3.

SGMS Faida