Demi Jayakan Watak, Janna Nick Potong Rambut Pendek Selepas 6 Tahun… Suami Pula Tak Suka – “Nampak Macam Budak Jahat”

Pelakon jelita, Janna Nick berkongsi imej terkininya yang sudah berambut pendek demi menjayakan sebuah watak.

“Sejarah untuk kita sebab akhirnya selepas enam tahun rambut panjang, kita akan potong pendek semula.

“Dah minta izin suami untuk potong rambut. Watak kita kali ini kena jahat, heroin yang jahat sangat,” katanya dalam video berkenaan.

Dalam video sama juga, Janna berkongsi reaksi suami tercintanya, Dini Schatzmann yang seakan kelihatan sedih apabila rambut isterinya kini pendek.

“I potong rambut pendek you macam tak sayang me,” luah Janna.

“You nampak macam budak nakal,” kata Dini dalam nada sangat lembut.

Di ruangan kapsyen, pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Ke-34 (ABPBH 34) ini berkata Dini tidak menyukai rambutnya pendek.

“Finally! Rasa ringan kepala.. hmm, dia (Dini) tak suka la pula,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya terimbau salah satu watak popular Janna ketika berambut pendek iaitu Iman Firdaus dalam drama rantaian TV3 Kau Aku Kita.

Bukan itu sahaja, netizen turut memuji perwatakan Dini yang amat dikenali sebagai seseorang mempunyai karakter yang sangat lembut dalam berbicara terutamanya bersama orang tersayang.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 1.3 juta tontonan, 68,000 tanda suka dan lebih 500 komen.

Sebelum ini, Janna meluahkan rasa tertekan apabila dia menghidapi penyakit bipolar disorder yang sangat teruk sehingga menyebabkan dirinya berfikir tentang cara membunuh orang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Otak Sangat Bising, Kritikal Sampai Ajar Cara Bunuh Orang…” – Janna Nick Tertekan, Diserang Penyakit Bipolar Paling Teruk!

Aqilah Paharuzi