Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 11, 2023 @ 5:57pm

Demi Watak Cikgu Azman, Pekin Ibrahim Cabar Lidah Kelantan Bawak Dialog Negeri Sembilan… Sanggup Ulang Alik Gemencheh!

Pelakon, Pekin Ibrahim, 42, mencabar diri sebagai seorang aktor untuk berdialog dalam loghat Negeri Sembilan dalam filem Gemencheh Boys.

Filem Gemencheh Boys ini mengangkat kisah benar seorang guru bernama Cikgu Azman yang ikhlas mengajar anak-anak Felda bermain sukan kriket hingga meraih kejohanan serta menjadi pemain kebangsaan negara.

Suami kepada aktres Mona Allen ini berkata tidak mudah untuk berkomunikasi dalam loghat Negeri Sembilan lebih-lebih lagi apabila darah anak Kelantan menebal dalam dirinya.

Jelas Pekin, dia sanggup berulang alik ke Gemencheh demi mendapatkan persekitaran geografi berada di kawasan kampung tersebut.

“Paling mencabar membawa watak Cikgu Azman ini adalah untuk membawa dialek Negeri Sembilan. Saya ini orang Kelantan, dah biasa makan budu.. Bila nak berdialog cara orang makan gulai Maman, memang ambil masa untuk berlatih.

“Saya ulang alik duduk dengan Cikgu Azman, malah sanggup sampai lepak minum di kedai kopi bersama-sama orang kampung Gemenceh untuk pastikan saya selesa dengan geografi kawasan itu.

“Kami ada reharsal, saya juga ambil acting coach untuk bimbing saya sepanjang penggambaran ini. Kami ‘stalk’ Cikgu Azman, ambil video tengok cara belia mengajar dan develop sebagai pelakon,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Pekin berkata watak Cikgu Azman yang dibawanya lebih mencabar kerana watak tersebut bukan fiksyen.

Demi menghidupkan watak, Pekin berkata dia ‘meniru’ cara berjalan Cikgu Azman baik dari segi postur badan, cara cakap, kulit, berat badan walaupun tidak sama sepenuhnya.

“Ini kali kedua saya bawa watak cikgu cuma sebelum ini dalam filem Suata Ketika wataknya fiskyen, jadi saya boleh gambarkan sendiri bagaimana nak mencorakkan karakter itu.

“Watak Cikgu Azman ni saya tak boleh nak mengada-ngada sebab karakter dah lock, fakta.Individu ini wujud, jadi sebab tu saya perlu memahami kehidupan beliau dari semua aspek.

“Sebab kalau setakat tukar loghat atau dialek, saya rasa semua orang boleh tukar, nak ajuk-ajuk dialek. Tapi, ini bukan soal nak ajuk-ajuk lagi, ini kita nak jadi Cikgu Azman yang asal dari Gemencheh itu,” ujarnya lagi.

Pekin berkata demikian ketika ditemui di malam gala filem Gemencheh Boys di GSC MidValley, pada Isnin.

Filem Gemencheh Boys arahan Jason Chong dan Eric Ong yang dibuat pada 2019 itu berkisar tentang atlet kebangsaan Shafiq Sharif yang pernah mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.

Selain Pekin, pelakon berpengalaman lain ialah Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Farah Ahmad, berserta sandaran bakat baharu lakonan iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tunggak utama.

Artikel Berkaitan: Pekin Ibrahim Belasah Krew Produksi Intai Pelakon Wanita

Artikel Berkaitan: Pekin Ibrahim Kongsi ‘Keajaiban’ Ikhtiar Dapatkan Bayi Sulung, Siap Dah Plan Nak Buat IVF – “Lepas Sebulan Jumpa Ustaz Terus Mona Hamil”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

BLACKPINK’s ‘Kill This Love’ Takes Over Spotify

People are streaming the song like over and over again!

Featured Wed, 23 Nov 2022

“Awkward & Malu Sedikit…” – Adam Lee Lebih Gembira Selepas Menikah

Pelakon Adam Lee yang baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama aktres Sweet Qismina mendedahkan banyak perkara baharu yang dilaluinya setelah bergelar seorang suami. Menurut Adam, kehidupannya selepas berumah tangga lebih gembira kerana kini ditemani oleh […]

Trending Wed, 31 Mar 2021
Featured Thu, 23 Dec 2021

Rai Birthday Suami, Cardi B Hadiahkan Offset RM8 Juta

Anggota kumpulan rap Migos, Offset baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 tahun pada 14 Disember lalu. Bersempena dengan hari jadinya, Offset telah mengadakan majlis hari jadi bertemakan kasut di Sneakertopia di Los Angeles, Amerika […]

Trending Wed, 25 Apr 2018

Pesanan Romantis Di InstaStory, Bukti Mira Filzah Dan Zizan Razak Dilamun Cinta

Biarpun kedua-dua posting berbalas kata rindu itu tidak ditujukan secara spesifik, namun ramai yang percaya ia ditujukan antara satu sama lain.

Events Fri, 9 Dec 2022
Hiburan Tue, 4 Dec 2018

《木偶奇遇记》也要拍真人版!锁定汤姆汉克斯

迪士尼积极将动画翻拍成真人版电影!日前将目标放在《木偶奇遇记》,传出锁定奥斯卡影帝汤姆汉克斯主演。

LIFESTYLE Tue, 16 Apr 2019

Lokasi Kehilangan Tiada Liputan Telefon, Apa Punca Dua Beradik Hilang 5 Jam Di Bukit Pelindung?

Ada kaitan dengan makhluk ghaib? lokasi kehilangan mangsa dilaporkan tidak mempunyai liputan talian telefon.

Hiburan Wed, 19 Feb 2020