“Desperate Nak Popular, Sampai Dah Macam Pelakon L*cah!”- Aksi Ghairah Aliff Syukri & Baby Shima Bergelek Dikecam Netizen

Sekali lagi aksi usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian apabila muncul dengan lagu terbaru berjudul Baby Sayang bergandingan bersama penyanyi, Baby Shima.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Aliff Syukri di Instagramnya, kelihatan dia bersama Baby Shima sedang ghairah bergelek sehingga dilabel seperti ‘pelakon lucah’ oleh netizen.

Malah, tarian yang dipamerkan oleh Baby Shima yang dikatakan seolah-olah penari tiang itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apatah lagi pakaian yang dipakai juga dianggap keterlaluan dan menjatuhkan maruah wanita muslim.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata menyifatkan kedua-dua selebriti ini dilihat terlalu ‘desperate’ untuk meraih populariti sehingga tidak serik dengan teguran dan kecaman yang dilemparkan.

“Dah tak femes, buatlah perangai macam b***h”

Bagaimanapun, sedar dengan kecaman dan komen yang diberikan, Aliff Syukri dilihat bertindak menutup ruangan komen pada video berkenaan beberapa jam selepas posting itu dibuat.

 

Salma Syahbuddin