“Dia Kata Saya Lagi Lawa” – Cemburu Suami Berlakon Dengan Wanita Seksi? Asha Merican Percaya Harris Annuar Profesional

Pelakon, Asha Merican menjawab soalan pengikutnya menerusi pautan Ask Me A Question di Instagram miliknya telah mencuri perhatian.

Menerusi perkongsian tersebut, terdapat individu bertanya sama ada Asha terkesan atau cemburu ketika suaminya, Harris Annuar berlakon bersama pelakon wanita seksi dalam filem Pulau.

“Tak jealous ke semasa suami pergi shooting for filem Pulau? Lawa-lawa dan seksi-seksi actress semua?” soal individu berkenaan.

Jelas Asha, dia sedikit pun tidak berasa bimbang kerana mempercayai suaminya itu adalah seorang pelakon yang sangat profesional dalam kerjayanya.

“Hahaha tak jealous pun sebab Harris cakap saya lagi lawa. Lagi pun dia bekerja.. Harris kalau bekerja dia profesional. Dia bukan jenis suka menggatal dengan perempuan.

“Saya percayakan dia,” jawabnya.

Umum mengetahui mengenai kehamilan sulung isteri kepada pelakon Harris Annuar iaitu Asha Merican dilihat mengidam perkara pelik.

Sebelum ini, Harris berkongsi bahawa isterinya itu mengidam bau simen dinding dan bermain lato-lato.

Aqilah Paharuzi