Sangkal Kenyataan Individu Kata Lebih Gembira Keluar Hubungan Toksik, Diana Danielle Tak Salahkan Farid Kamil?

Pelakon cantik, Diana Danielle kelihatan lebih gembira dengan kehidupan barunya dan sering berkongsi tentang aktiviti kecergasan diri.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia melakukan tarian berlatarbelakangkan suara pelatihnya melalui lagu Billie Eilish yang berjudul What Was I Made For.

“Hi I’m bekkk,” tulisnya di kapsyen memberitahu dirinya kembali menari.

@diana.danielleHi im bekkk

♬ original sound – Diana Danielle

Meninjau di ruangan komen, terdapat individu yang mengatakan dirinya kelihatan lebih gembira selepas meninggalkan hubungan toksik bersama suaminya iaitu pelakon dan pengarah, Farid Kamil.

“People just shine differently after leaving a toxic relationship,” kata individu berkenaan.

Namun, Diana menyangkal kenyataan individu tersebut dengan menyatakan tiada perkara yang berubah serta dia tidak menyalahkan sesiapa terhadap apa yang berlaku.

“Ok je lah sama je, i’m not blaming nothing on anybody,” balasnya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Jalankan Tanggungjawab, Diana Danielle Fail Nusyuz Terhadap Farid Kamil

Maya Basir