Didakwa Telah Bercerai, Ini Respons Pengurus Noh Salleh – “Tunggu Berita Daripada Kami”

Heboh dalam industri hiburan hari ini mengenai berita yang menyatakan pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina didakwa telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur sejak semalam.

Walaubagaimanapun, pengurus kumpulan Hujan, Ariffin Ahmad, 34, dihubungi oleh wartawan BH Online bagi mendapatkan kepastian namun dia memilih untuk berdiam diri dan memaklumkan agar tunggu kenyataan daripada tuan badan dalam masa terdekat.

“Tiada apa yang dapat dikongsikan, buat masa ini. Kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat, insya-Allah.

“Saya juga akan berbual dengan Noh nanti. Tunggu sahaja berita daripada kami,” katanya kepada BH Online.

Memetik laporan BH Online, Ariffin memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai khabar yang tersebar di platform media bagi menghormati privasi rakan baiknya, Noh Salleh.

Untuk makluman, Noh Salleh dan Mizz Nina dilaporkan telah berpisah sejak semalam namun tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan berita ini kerana pasangan ini tidak berjaya dihubungi untuk mendapatkan kenyataan mereka.

Sumber: BH Online

Atiqah Johari