Didakwa Tidak Beri Nafkah Anak Selama 4 Tahun, Adam Shahz Tampil ‘Buka Mulut’

Sebelum ini, pelakon Fatin Afeefa mendedahkan bahawa bekas suaminya, pelakon Adam Shahz tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anak selama empat tahun.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Hantaran Kes Perceraian, Adam Shahz Dedah Kawan Tunjuk Foto Bekas Isteri Dengan Lelaki Lain Di Pub?

Terbaru, Adam Shahz tampil menafikan dakwaan tersebut menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya baru-baru ini.

Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, menyatakan bekas isterinya itu sengaja memutar belitkan cerita sehingga dirinya pula nampak bersalah dalam hal ini.

“Dahsyat zaman sekarang ni, putar-putar sampai kita pula yang nampak salah.

“Dulu masa kahwin ada sertakan sekali sijil cerai isteri? Tak ada serta, sebab saya bukan kahwin janda,” tulisnya.

 

Artikel Berkaitan: Bengang Dengan Hantaran Adam Shahz, Fatin Afeefa Dedah Bekas Suami Menipu & Tabur Fitnah – “Move On Lah 5 Tahun Dah”

Mengenai nafkah anak, Adam mempersoalkan jika benar dia tidak membayar nafkah kenapa tidak dibawa ke mahkamah dan turut mempersoalkan kepada Fatin siapa yang tidak ‘move on’.

“Sudah 5 tahun, tak habis-habis lagi. Setiap set dicanangnya macam-macam. Siapa yang tak move on ni?

“Kalau betul 1 sen tak bagi, kenapa tak bawa ke mahkamah?” kata Adam.

Dalam pada itu, Adam memaklumkan bahawa berlaku kemusykilan di mana bekas isterinya itu tidak sertakan sijil cerai perkahwinan pertama kerana menyatakan ia perkahwinan kedua.

“Ada kemusykilan, katanya perkahwinan kedua, tapi dulu kenapa tak ada attach kan sijil cerai perkahwinan pertama,” soalnya lagi.

Atiqah Johari