Digelar Penyanyi Pop Terkaya Bertaraf Jutawan, Ini Respons Siti Nordiana

Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa Nana, 37, terkejut apabila dirinya digelar sebagai seorang penyanyi pop terkaya bertaraf jutawan di Malaysia oleh seorang YouTuber Indonesia.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi itu hanya mampu mengaminkan saja dakwaan itu kerana semua yang diperolehnya kini adalah rezeki daripada Allah dan bersyukur.

“Alhamdulillah, semua yang saya ada sekarang ini adalah rezeki daripada Allah. Jadi, sama ada saya sudah jutawan atau belum, sukar untuk saya menjawab pertanyaan itu.

“Apapun, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan saya dan semoga ‘masin’ mulut anda yang mendakwa saya sudah jutawan itu. Saya ucapkan terima kasih,” katanya.

Selain itu, Nana juga tidak menjangka ada saluran YouTube dari negara jiran yang membicarakan tentang pendapatan termasuk aset peribadinya seperti rumah dan kenderaan.

“Sejujurnya, saya agak terkejut juga apabila menonton video berkenaan. Namun, dalam hati saya ‘amin’ kan saja kerana mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan. Insya-Allah, sebab setiap ‘kata-kata’ itu adalah doa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain