Tegur Orang Ramai ‘Memekak’ Bila Dapat Naik MRT & LRT Percuma, Nedim Nazri Dikecam Netizen

Baru-baru ini, pihak kerajaan mengumumkan semua pengangkutan awam kendalian RapidKL ditawarkan secara percuma selama sebulan bermula 16 Jun sehingga 15 Julai 2022.

Keputusan terbabit menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai, ada yang gembira menerima perkhabaran terbabit tetapi ramai juga yang mengkritik tindakan itu dan menyifatkan fasiliti pengangkutan awam perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum membuat keputusan memberikan perkhidmatan percuma.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri tampil bersuara selepas rata-rata netizen bertindak mempersoalkan tindakan pihak kerajaan itu.

Nedim menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya seolah-olah meluahkan rasa berang dan telah ‘menegur’ segelintir netizen yang masih berbunyi meskipun pihak kerajaan telah mengurangkan beban dengan memberi perkhidmatan percuma saat dunia terkesan dengan inflasi.

“Dalam keadaan satu dunia terkesan dengan inflasi, dapat 1 bulan naik MRT/LRT free pun korang memekak.

“Cuba cakap Alhamdulillah ke, thank you ke.. Ini tak buat apa pun korang nak hentam. Fact is 1 can never be satisfied,” tulisnya.

Ciapan yang ditulis oleh Nedim itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata mereka tidak bersetuju dengan pendapatnya yang dikatakan tidak munasabah itu.

Malah, ciapannya sehingga kini masih menjadi perbualan hangat netizen yang menyifatkan Nedim tidak pernah merasai atau menghadapi kesusahan rakyat kerana terpaksa bersesak dalam koc tren.

   

Dalam sebuah ciapan yang lain, Nedim berkata dia mahu membalas setiap cemuhan netizen yang diberikan, namun menurutnya, dia tiada masa untuk melayan.

“Saya harap saya ada masa untuk membalas semua komen tapi malangnya saya da banyak perkara penting lain yang harus diselesaikan,” katanya.

 

Aqilah Paharuzi