Dilabel ‘Racist’ Gara-Gara Gaya Dandanan Rambut Di Terpaling Juara, Ini Respons Shiha Zikir

Seorang individu melabel penyanyi  Shiha Zikir sebagai ‘racist’ atau tidak menghormati kaum lain gara-gara melihat gaya dandanan rambutnya ketika mengacarakan program Terpaling Juara, semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok pemilik akaun @arkithv, dia membuat spekulasi tersebut ketika melihat penampilan pengacara itu menggayakan dandanan rambut ala ‘cornrow braids’.

Video terbabit menjadi tular dalam kalangan pengguna TikTok sebelum ia dipadamkan oleh pemilik akaun.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, ada segelintir pihak yang menyatakan gaya dandanan rambut sebegitu adalah isu sensitif bagi golongan ‘African American’.

Namun, ada juga yang membela nasib dan tidak bersetuju dengan dakwaan yang dilemparkan kepada penyanyi itu.

Menyedari perkara itu, pelantun lagu AEWO itu tampil menyatakan ia hanya sekadar gaya rambut sahaja dan tiada sebarang niat yang lain kerana Shiha sudah berbincang dengan jurugaya terlebih dahulu.

Menurut Shiha, dia sedar bahawa setiap perkara mempunyai sejarah tersendiri, namun dia menyarankan agar orang ramai tidak membuat isu tersebut menjadi lebih sulit.

“Itu cuma gaya rambut sahaja, macam kita ada dandan ikat rambut dua tapi semalam kami decide nak ikat semua.

“Memang setiap benda kebanyakkan ada sejarah. Itu tak dinafikan. Cuma sekarang, gaya rambut terbabit dah jadi sekadar ‘one of hairstyle’, tak lebih dari tu.

“Sama juga permainan bola sepak, cuba kaji asal usul game tu. Tapi, zaman sekarang dia cuma jadi hanya sekadar sukan. So, jangan fikir deep sangat dan mengaitkan isu-isu tersebut,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Selain Shiha, Terpaling Juara turut menampilkan Haziq Hussni selaku pengacara.

Jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam hanya di TV3.

Fatin Nurain