Dinobat Sebagai Pelakon Wanita Terbaik 2019, Ramai Tak Puas Hati Dengan Suzy?

Acara penganugerahan filem sudah menjadi kebiasaan buat semua rangkaian stesen televisyen di Korea Selatan menjelang hujung tahun bagi menghargai bakat dan karya yang ditayangkan di bawah saluran mereka. 

Bukan sahaja anugerah filem, malah anugerah drama, komedi dan muzik juga turut diadakan pada setiap tahun di negara tersebut.

Terbaharu, SBS Drama Awards 2019 yang didadakan di SBS Prism Tower pada 31 Disember lalu telah menyaksikan kemenangan penyanyi dan pelakon cantik Suzy yang berjaya merangkul anugerah utama iaitu Pelakon Siri Mini Wanita Terbaik!

 

 

Kemenangan pelakon cantik ini menerusi siri popular di Netflix iaitu “Vagabond” telah mengalahkan pelakon senior lain yang turut tercalon seperti Jang Nara (VIP), Kim Sunah (Secret Boutique) dan Park Jinhee (Doctor Detective).

“Terima kasih untuk anugerah ini. Saya masih banyak kekurangan sebagai pelakon dan menganggap trofi yang dimenangi merupakan hasil usaha produksi dan kakitangan,” ucap Suzy.

Selepas kemenangannya itu, rata-rata netizen melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut kerana mereka merasakan Suzy masih banyak kekurangan jika dibandingkan dengan calon lain. Malah, ada yang merasakan pelakon Jang Nara lebih layak mendapat anugerah tersebut.

So, menurut korang macam mana pulak? Suzy layak ke, tidak?

Sumber foto: www.soompi.com.my

Syafiqa Irdina