Diperli Netizen Edit Foto, Uqasha Senrose Luah Rasa Geram

Pelakon jelita, Uqasha Senrose diperli sesetengah netizen apabila memuat naik foto seakan-akan disunting untuk menampakkan tubuh badan lebih menarik.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Uqasha bergambar bersama suaminya, Kamal Adli selepas habis penggambaran.

“Selepas habis penggambaran hari ini. Tahan cik suami bawak makan kejap amik angin luar kejap,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, Uqasha yang menggayakan ‘maxi dress’ mengundang sindiran sesetengah netizen kerana pakaiannya seperti disunting.

“Sis, I boleh tolong editkan herlokks kalau sis nak. Jelas sangat tu nampaknya tu.

“Second one seram tengok,” komen netizen.

Tidak berdiam diri, Uqasha membalas kenyataan individu berkenaan dengan meluahkan rasa geram.

“Tolong eh, saya silang kaki saya. Tak habis-habis nak mengutuk. Apa masalah kamu semua ni haiyo,” balasnya.

Namun, rata-rata netizen mengatakan pelakon Tundukkan Playboy Itu ini tetap cantik tidak kira gambarnya disunting atau tidak.

Maya Basir