Dipilih Jadi Duta Jus Perawan, Apa Komen Diana Danielle?

Pelakon jelita Datin Diana Danielle mengaku tertarik menjadi duta baharu jenama D’Herbs atas beberapa sebab tertentu.

Akui Diana, tanggungjawab menjadi jurucakap produk Jus Perawan di bawah jenama popular itu, dia tidak menganggap ia suatu masalah buat dirinya.

“Saya tertarik dan berani mewakili produk ini untuk dijual kepada pasaran golongan atasan kerana saya sendiri merupakan pengguna jus perawan ini selama dua tahun. Kalau tak guna, saya pun tak berani cakap pasal keberkesanannya.

“Mungkin orang ramai tertanya nama jus itu sedangkan saya pula seorang ibu anak dua.

“Kredibiliti Datuk Aliff sebagai usahawan jamu juga tidak boleh dipertikai lagi. Dia juga datang dari keluarga yang pakar dalam bidang herba yang menjual barangan kesihatan,” katanya kepada Xtra di majlis penjenamaan semula jenama D’Herbs yang berlangsung di Flora Terrace, semalam.

Dalam masa sama, Diana mempunyai strategi tersendiri dalam mendekatkan lagi produk ini dengan golongan wanita urban.

“Datuk sendiri ada cakap mahu mengubah pendekatan produk D’Herbs dengan golongan atasan.

“Kalau dulu ia hanya dijual di pasar malam, kini dijual di pusat beli belah pula. Jadi saya faham kehendak Datuk yang mahukan produk ini turut menjadi permintaan wanita di bandar.

“Saya ada cara tersendiri di media sosial. Dalam masa satu tahun ini saya diberi peluang dan kesempatan untuk mempromosikan jus perawan, saya harap ia membantu wanita di luar sana sebagaimana jus ini telah membantu saya,” akhiri Diana.

SGMS Faida