Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 3, 2023 @ 3:06pm

Doa Makbul, Farid Kamil Ambil Risiko Dalam Filem ‘Anwar The Untold Story’ – “Pelakon Lain Tak Ada Keberanian Untuk…”

Pelakon, Farid Kamil, 41, berani untuk mengambil risiko dalam memegang watak Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi filem ‘Anwar The Untold Story’ yang bakal ditayangkan pada Mei ini.

Pertama kali memegang watak sebagai apresiasi kepada figura ikonik Malaysia, Farid tidak menafikan banyak persoalan yang berlegar di fikirannya saat ditawarkan untuk menghidupkan karakter Anwar.

“Apabila saya mendapat tawaran ini membuatkan saya berfikir panjang.. Banyak soalan yang bermain di minda saya.. Adakah saya mampu untuk melakonkan watak ikonik ini?

“Saat tiba waktunya untuk melakonkan watak dengan bantuan produksi Indonesia, mereka sediakan saya dengan tenaga pengajar, Pak Aswandi seorang legenda di Indonesia sentiasa bersama saya untuk memastikan watak Anwar itu muncul.

“Sebelum menjalani penggambaran, pertemuan dengan Perdana Menteri (PM) sahaja tidak cukup, disusuli dengan pertemuan yang seterusnya…  Akhirnya, saya baru mempunyai sikit keyakinan untuk terbang ke Indonesia bagi menjayakan watak tersebut.

“Hati kecil ni cakap macam mana pun filem ni jadi, Anwar Ibrahim mesti jadi PM. Kalau tak filem ini tak dapat dijalankan. Ini adalah doa saya yang tak putus-putus,” katanya.

Sementara itu, suami kepada pelakon jelita Diana Daneille ini turut disoal mengenai perasannya menjadi pilihan kelima bagi menjayakan watak Anwar.

“Pelakon lain tak ada keberanian untuk mengambil risiko yang besar bakal dihadapi sekiranya Anwar tidak menjadi PM. Filem ini siap, mereka akan kena ‘banned’.

“Itulah risiko yang saya ambil, saya tawakkal. Sebaliknya, saya membuat kajian secara detail segala maklumat yang ingin disampaikan secara tak langsung, saya dapat ada banyak kebenaran dalam satu cerita.

“Pertama sekali kena mencari seorang pelakon yang menolak rasuah untuk memegang watak Anwar.. Pada tahun 2017, saya pernah menolak rasuah sebanyak RM5 juta ringgit.. Itu saja yang saya boleh katakan,” jelasnya.

Disoal sama ada dirinya ada menerima ugutan untuk membawa watak Anwar, Farid bersyukur penggambaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Kita buat benda ni secara ikhlas dan senyap sunyi sepi, sampailah ada satu gambar disebarkan oleh seorang pelakon dalam filem tersebut bahawa saya berlakon sebagai Anwar. Tapi sejak saat itu kami berhati-hati kerana takut sebab ini bukan sebuah watak yang direka.

“Boleh jadi satu watak yang memang ramai pihak tahu mengenai dirinya. Sepanjang saya berada di Indonesia menjalani penggambaran, Alhamdulillah, tiada gangguan malah kebebasan untuk menzahirkan watak Anwar Ibrahim itu lebih jelas di sana. Tidak sempat untuk ada ugutan,” jelasnya lagi.

Anwar The Untold Story bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura secara serentak bermula Mei ini.

Sedikit sinopsis, filem ini mengisahkan menenai jatuh bangun perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik terutama melawan rasuah.

Set masa filem ini ialah dari tahun 1993 hingga September 1998, iaitu ketika Anwar mula menjawat jawatan Menteri Kewangan sehinggalah dipecat.

Selain Farid, filem yang menelan kos sebanyak RM10 juta ini turut dibintangi oleh Acha Septriasa (Wan Azizah), Hasnul Rahmat (Mahathir), dan dibantu oleh Piet Pagau, Dewi Irawan dan lain-lain.

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Pertemuan Dengan Wan Azizah, Acha Septriasa Terharu Dapat Hadiah Tasbih & Dibekalkan Makanan

Kredit foto: Malaysia Gazette (Mohd Adzlan), The Star, BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

「马来魔」郑建威摘大马预选赛冠军!5月赴中国参赛

「马来魔」郑建威摘马来西亚预选赛冠军!5月初赴中国参加《中国新说唱》60 秒个人赛。

Featured Wed, 13 May 2020
Featured Sun, 12 Feb 2023
Featured Wed, 29 Oct 2025

“Sebagai Umat Islam, Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Orang” – Fazura Doa Yang Terbaik Buat Uqasha Senrose & Kamal Adli

Kata Fazura, dia menyeru agar masyarakat berhenti membuat spekulasi dan menilai mana-mana pihak.

Featured Thu, 17 Jul 2025
Trending Wed, 1 Aug 2018

他为全球3亿个没鞋穿的儿童设计了「会长大的鞋子」

相信大家应该都拥有超过一双的鞋子,但是你知道全世界还有将近3亿个儿童没有鞋穿吗?

Trending Wed, 11 Jul 2018

Man Attacked by Acid at Jalan Raja Chulan

Here’s a tip on what to do when attacked by acid.

Hiburan Fri, 30 May 2025

[VIDEO] Lelaki Jual Roti Arab Curi Tumpuan, Wajah Seiras PU Riz

Lelaki jual roti Arab kembar PU Riz, suara pun sama

error: Content is protected !!