Pengarah filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid dipercayai dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU) Hospital KPJ di Ipoh, hari ini.

Perkara itu dikongsikan sahabat beliau, Khairiool Idlan di laman sosial Facebook miliknya kira-kira jam 4 petang tadi.

“Assalamualaikum WBT. Bro Mamat Khalid kini berada didlm ICU KPJ IPoh. Mohon panjangkan doa kepadanya supaya kembali sembuh hendaknya In Syaa Allah, Aamin Ya Rabbal alamin!,” tulis Khairool yang juga seorang penyanyi era 1970-an.

Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan dikeluarkan daripada keluarga Mamat.

Mamat pernah dilaporkan koma di ICU selama hampir lima minggu di hospital di Petaling Jaya susulan serangan jantung dan masalah paru-paru pada Februari lalu.

Malah beliau juga pernah dimasukkan ke ICU kerana masalah sesak nafas pada tahun 2017.

Oleh: Guy Masaki

SGMS Faida