Hiburan By: Ad Ops July 9, 2018 @ 6:17am

Duduk Terkangkang Dalam Masjid, Janna Nick Mohon Maaf

Baru-baru ini kelihatan pengacara Melodi dan pelakon yang sememangnya berbakat ini dilihat sedang menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Semerah Cinta Humairah. Namun, ketika sedang menunggu penggambaran babak perkahwinan di dalam masjid, ada pula  netizen yang telah merakam gelagat pelakon cantik ini duduk seakan-akan terkangkang sambil bermain fon. Aksi kurang sopan Janna itu lantas mengundang pelbagai kritikan dan kecaman dari netizen. Laju je netizen kan?

 

fokus betul . #semerahcintahumairah #JannaNick

A post shared by SYAFIQ KYLEZ ? ? JANNA NICK (@skjn_support) on

Menyedari hal tersebut, Janna Nick tampil memohon maaf dan memberi penjelasan agar isu duduk terkangkang ini tidak disalah-ertikan dan semakin berpanjangan.

“Tak adalah sampai terkangkang, masa tu tengah shooting dan babak untuk saya belum bermula lagi. Mungkin ada segelintir yang anggap tak sopan, saya minta maaf. Tapi sebenarnya apabila menjalani penggambaran, prosesnya mengambil masa agak lama. Dan bila saya perlu bersimpuh dalam keadaan berbaju pengantin, ia agak lenguh. Jadi saya ambil masa untuk rileks sikit merenggangkan badan dan saya rasa ia adalah lebih kepada saya selesakan diri,” jelasnya.

Biasalah kan, bila dah jadi  public figure ni setiap pergerakan dan tingkah laku menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi  Janna Nick merupakan pelakon dan juga pengacara meletup Melodi. Jadi, faham-faham je lah.

Haa, kepada semua peminat Janna Nick yang sentiasa menyokong perkembangan kerjaya seni beliau bolehlah saksikan semula episod Melodi menerusi  catchup TV kami dan menonton semula drama-drama popular beliau seperti Syurga Nur  dan drama Dia hanya di tonton!

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

SEUNG RI BIG BANG DAN RALINE SHAH IN A RELATIONSHIP?

Raline Shah kini bahagia bersama Seung Ri Big Bang. Adakah benar tentang relationship mereka ini? 

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?

Featured Wed, 16 Aug 2023
Featured Wed, 18 May 2022
Hiburan Sun, 4 Feb 2018

Uma Thurman, Angelina Jolie “Mangsa” Gangguan Seksual Penerbit?

Nak menjadi popular bagi seseorang individu yang baharu mengenal dunia hiburan bukannya satu perjalanan yang licin. Tidak dinafikan ada berlaku gangguan seksual oleh sebilangan penerbit yang mahu mengambil kesempatan

Featured Wed, 14 Sep 2022
Events Mon, 31 Jul 2023
error: Content is protected !!