Hiburan By: SGMS Faida April 29, 2019 @ 4:24pm

‘ Ecah Nak Jadi Penyanyi’- Zain Saidin Sanggup Labur Duit Demi Anak Tersayang!

Pelakon dan usahawan Zain Saidin mendedahkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana memasang hasrat untuk bergelar penyanyi terkenal suatu hari nanti.

Zain ketika ditemui di majlis pelancaran kad SIM Glamour MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan memberitahu dia tidak pernah menghalang puteri kesayangannya itu untuk bergelar selebriti apabila mencecah usia sesuai nanti.

” Ecah (Aaisyah) memang suka menyanyi di rumah. Tapi bila disuruh menyanyi di majlis keramaian, dia agak segan,

” Dia menunjukkan minat mendalam dalam bidang muzik. Walaupun masih berusia lima tahun, dia mampu menyanyikan lagu penyanyi kegemarannya dengan begitu baik. Saya pun kadang-kadang terkejut,” kata Zain sambil ketawa. 

Sementara itu, Zain juga tidak menolak untuk menghantara Aaisyah mengikuti kelas muzik tidak lama lagi.

” Kemungkinan besar saya akan menghantar dia masuk kelas piano. Saya sering mengingatkan dia agar jika melakukan sesuatu, dia harus melakukan sebaik mungkin sehingga berjaya. Jangan buat kerja ala kadar. Atas sebab itu, saya tidak kisah berhabis untuk membantu dia mencapai cita-citanya bergelar penyanyi suatu masa nanti,” katanya. 

Aaisyah Dhia Rana kini berusia lima tahun merupakan anak pertama hasil perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan. 

Rozita atau Che Ta memiliki dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 23 dan Aniq Ezzra, 21. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Ibu Bapa Berpisah Sejak Darjah 3, Aufahanie Jadi Lebih Berdikari Uruskan Hidup…Kini Fokus Belajar Sambil Menyanyi

Kepada wanita di luar sana, contohilah Aufahanie…tak salah nak kejar cita-cita, tapi utamakan jugak pendidikan yer!

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
LIFESTYLE Wed, 22 Aug 2018

Atasi Masalah Berdengkur Dengan

Tidur berdengkur boleh menjadi penyebab mood tidak baik kerana tidur tidak lena

Hiburan Tue, 14 Nov 2023