Ehem…Ayda Jebat Tengah Cari Tarikh Sesuai?

Kesibukannya dalam bidang lakonan tidak menghalang gadis berusia 26 tahun ini melupakan bidang nyanyian. Maklumlah, drama Ayda Jebat dalam Cinta Bukan Kristal kini sedaang hangat ditayang menerusi slot Akasia setiap Isnin-Jumaat di TV3.

Khabar terbaru, Ayda bakal tampil dengan single terbaru tak lama lagi!

“ Untuk single Temberang, saya sedang cari masa yang sesuai. Buat masa ini, saya rasa waktu masih belum sesuai.

“ Kalau kita lihat, ramai penyanyi baru yang keluar dengan lagu-lagu popular. Saya tak mahu overshadow. Beri ruang dan peluang kepada lagu lain dulu,” katanya kepada xtra.com.

Ayda yang meledak dengan single Pencuri Hati sebelum ini memberitahu single Temberang ini merupakan hasil ciptaannya Hael Husaini dan Ezra Kong.

“ Lagu ini telah disiapkan tahun lalu.  yang sebenarnya dah setahun lalu. Sebagai rakan artis yang memahami, saya beri laluan kepada lagu lain dulu. Insha Allah penghujung tahun ini single terbaru saya akan ke udara,” akhiri Ayda.

 

SGMS Faida