Emma Maembong Sah Jadi Isteri Juruterbang

Memilih tarikh 20.2 2020, pelakon sensasi, Emma Maembong atau pemilik nama Fatimah Rohani binti Ismail ini sah menjadi isteri kepada pilihan hatinya Muhammad Shazli di Bukit Damansara sekitar jam 11.50 pagi tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, Emma menerima mas kahwin sebanyak Rm 2000 bersama senaskhah Al-Quran. Majlis pernikahan ini hanya dihadiri oleh teman rapat dan keluarga terdekat kedua-dua belah mempelai.

 

Majlis pernikahan tersebut turut dikongsi menerusi Instagram Baby Maembong secara live. Emma kelihatan cantik mengenakan busana putih di hari istimewanya.

 

 

Nampaknya ura-ura tentang percintaan Emma bersama kerabat diraja adalah tidak tepat apabila pasangannya, Muhammad Shazli, 32 tahun itu bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan.

Selamat pengantin Baru Xtra ucapkan buat Emma Maembong dan pasangan!

Syafiqa Irdina