Emosi Terkesan Dengan Berita Peperangan, Sharifah Sakinah Berehat Daripada Media Sosial Selama 2 Minggu – “I Will Liberate Myself From…”

Pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan bahawa dirinya akan berehat selama dua minggu daripada menggunakan media sosial sehingga 26 November.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memilih untuk mengutamakan kesihatan mental dan emosinya susulan daripada berita-berita mengenai peperangan dan ketamakkan manusia yang sedang berlaku di Palestin.

“In silence for days. I will liberate myself from news and any other media. It’s devastating to see the world nowadays.

“I will prioritize protecting my emotions and send prayers to all those affected by wars and human greed,” ujarnya.

Namun, Sakinah masih boleh dihubungi berkaitan dengan kerja melalui emelnya dan turut menyatakan jenis-jenis produk yang dia tidak mahu bekerjasama.

“For job inquiries, please email me. (Note: No slimming, whitening products, or inappropriate brands supporting wars or global warming contoh fast fashion, etc),” jelasnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat dan dipermudahkan urusannya.

“This is relatable beyond this world. Speed recovery, kind soul.

“Love the caption: no slimming, whitening product.. I believe in you!

“Semoga dipermudahkan semua urusan and stay healty!,” komen netizen.

Maya Basir