Categories: HiburanSelebriti

Enggan Promosi Drama Dia Menantu Rahsia, Ashraf Muslim Buka Mulut

Pelakon Ashraf Muslim memaklumkan dia tidak pasti sama ada isu yang mengaitkan namanya dengan pelakon yang tidak mempromosikan drama sendiri merupakan sebuah gimik atau sebaliknya.

Katanya ketika ditemui di sidang media Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 baru-baru ini memaklumkan pada awalnya dia terasa hati selepas membaca artikel mengenai isu itu.

“ Bagi saya isu ini tidaklah besar sangat. Tetapi saya ambil pendekatan berdiam diri kerana saya tiada masalah dengannya.

“ Pada awalnya ada wartawan yang datang dan tanya tetapi saya diam sahaja. Saya takut salah cakap dan saya perlu menjaga hati mana- mana produser yang pernah bekerjasama.

“ Pendapat saya sendiri, sebagai pelakon, saya rasa setiap drama memang perlu dipromosikan namun saya punya cara sendiri,” katanya memberitahu ada menghubungi produser A.Aida bertanyakan tentang hal ini.

Sebelum ini, produser terkenal itu membuat kenyataan kesal dengan sikap pelakon drama Dia Menantu Rahsia yang tidak mempromosikan di laman sosial masing-masing.

“ Saya harap selepas ini arahan untuk promosi perlu lebih jelas. Tidak kisah promosi dalam bentuk apa sekalipun. Apapun, saya tidak perlu melatah kerana saya tidak seperti itu.

“ Saya tidak pasti kenyataan itu dituju kepada siapa. Memang ada dalam kontrak dan sebagai pelakon saya faham promosi perlu dibuat tanpa diminita.

“ Cuma untuk masa akan datang penerbit boleh memberi makluman lebih jelas memberitahu berapa banyak atau kali promosi dimahukan,” cadang Ashraf.

Drama arahan Pali Yahaya itu turut menampilkan pelakon Rasya Rizrose, Mona Allen, Fazlina Ahmad Daud, Wilma Mohamad dan ramai lagi.

SGMS Faida