Categories: EventsFab Foodies!

Anda Mahu Rasa Air Kathira Asli, CoolBlog Pastinya Pilihan Terbaik Sepanjang Ramadan Ini!

Walaupun kita sudah berada di 10 ramadan, namun itu bukan alasan untuk anda tidak mendapatkan minuman terbaik daripada CoolBlog iaitu Air Kathira. CoolBlog menyajikan air kathira sebagai pilihan bersempena Ramadan ini dan sepanjang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

Pastinya sajian air kathira bukan sahaja sesuai dihidangkan sepanjang waktu berbuka malah, ianya juga sesuai untuk anda sediakan kepada tetamu pada hari raya nanti. Menjadi minuman istimewa orang Johor, air kathira keluaran CoolBlog ini turut disediakan dengan bahan-bahan asli nya seperti Jeli Pandan, Jeli Kurma, dan juga Biji Selasih. Bukan macam yang anda dapatkan kat bazar ramadan tu tau!

 

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apss Sdn Bhd, Keith Loh berkata;

“Air Kathira merupakan minuman yang sangat popular khasnya di negeri Johor, Justeru itu, kami mengambil peluang untuk menyediakan air kathira ini disemua cawangan dan outlet kami agar pelanggan-pelanggan kami dapat menikmati hidangan minuman ini. Selain itu, Air kathira juga merupakan minuman yang pastinya menjadi tarikan sepanjang bulan ramadan dan ianya juga sesuai untuk diminum pada bila-bila masa terutamanya ketika waktu berbuka.” 

“Kami juga berusaha untuk memberikan yang terbaik termasuklah dari segi rasa yang terdapat dalam air kathira ini dan menitik beratkan kepuasan para pelanggan kami. CoolBlog juga menyediakan bekas minuman edisi terhad dimana penggemar minuman ini boleh menikmati minuman air kathira dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa .”Jelasnya

Jadi, sekiranya hari ini anda mash keliru mahu berbuka apa dan minuman apa, bolehlah dapatkan minuman air kathira dari CoolBlog! Anda boleh dapatkan dimana-mana cawangan CoolBlog bermula dari 16 Mei sehingga 7 July ini dengan harga RM6.50 sahaja.

Jangan ketinggalan untuk merasai kenikmatan berbuka puasa dengan air kathira yang pastinya kaw!

Salma Syahbuddin