Excited Jumpa Meerqeen, Sikap ‘Friendly’ Kak Lina Pom Pom Dipuji Peminat – “Mana-Mana Dia Boleh Masuk”

Pengacara dan penyanyi Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom tampil meraih pujian dalam kalangan peminatnya selepas melihat sikap peramahnya melayan orang disekelilingnya.

Menerusi video yang tular di TikTok, Kak Lina kelihatan sangat teruja selepas menyedari kehadiran pelakon, Meerqeen ketika beramah mesra dengan peminatnya di parkir kereta.

Terkejut melihat aktor itu, Kak Lina secara spontan melompat kecil dan memuji ketampanan Meerqeen yang turut menghadiri malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 35), baru-baru ini.

“Meerqeen helokkkk. Mama menang nak, mama menang!,” katanya.

@dirafdias84 Memang layak kak lina pompom menang…. She memang kelakarlah!! Tahniah sis… No syatu…. #kaklinapompom #abpbh35 #meerqeen #nosyatu ♬ original sound – DirafDias

Terhibur melihat gelagat pengacara itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen.

Malah, ramai juga yang memuji sikap pengacara itu yang sentiasa mesra dan mudah disenangi ramai.

Terdahulu, Kak Lina telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pengacara TV Popular di ABPBH 35, Jumaat lalu.Pengacara dan penyanyi Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom tampil meraih pujian dalam kalangan peminatnya selepas melihat sikap peramahnya melayan orang disekelilingnya.

Menerusi video yang tular di TikTok, Kak Lina kelihatan sangat teruja selepas menyedari kehadiran pelakon, Meerqeen ketika beramah mesra dengan peminatnya di parkir kereta.

Terkejut melihat aktor itu, Kak Lina secara spontan melompat kecil dan memuji ketampanan Meerqeen yang turut menghadiri malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 35), baru-baru ini.

“Meerqeen helokkkk. Mama menang nak, mama menang!,” katanya.

Terhibur melihat gelagat pengacara itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen.

Malah, ramai juga yang memuji sikap pengacara itu yang sentiasa mesra dan mudah disenangi ramai.

Terdahulu, Kak Lina telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pengacara TV Popular di ABPBH 35, Jumaat lalu.

Fatin Nurain