Hiburan By: Del14 September 29, 2019 @ 12:40pm

Exists Buat 4000 Penonton ‘Cair’ Dalam Stadium

Sejujurnya, sebelum keluar rumah dan melihat hujan lebat, hati tertanya-tanya bagaimana agaknya Konsert Exists Reunion malam ini, ramai tak orang yang datang?. Itu antara persoalan sepanjang perjalanan menuju ke lokasi.

Sebaik tiba sahaja di Stadium Malawati, Shah Alam alangkah terkejutnya saya melihat ribuan penonton sedang beratur menunggu masa untuk masuk ke dalam.

Dianggarkan hampir 4,000 penonton memenuhi stadium, malam tadi. Memang penuh! Lebih menarik, ibarat masuk ke pusat karaoke, kami menyanyi beramai-ramai dari lagu pertama hingga ke akhir konsert. 

Dengan bantuan paparan lirik pada skrin LED di atas dan bawah pentas menjadikan konsert semalam tidak sunyi langsung.

Persembahan Exists menggamit kenangan peminat-peminat apabila mereka memilih untuk memainkan lagu penuh bagi setiap 24 lagu yang didendangkan dan bukan konsep medley yang kadang-kadang ‘membantutkan’ emosi peminat.

Membuka persembahan dengan lagu ‘Anugerah’, bekas vokalis utama Exists, Mamat langsung tidak menghampakan dan dia telah menunjukkan kepada semua bahawa kehadirannya dalam dunia seni tidak patut dipandang remeh walaupun sering terpalit kontroversi.

Setiap lagu yang dibawa, dinyanyikan dengan penuh bertenaga, dan membuatkan peminat yang mengikuti kumpulan ini dari awal pertubuhannya pada tahun 1991 terhibur dan kembali pada usia remaja.

Antara lagu lain yang dibawa Mamat adalah lagu hit mereka Untukmu Ibu, Sebelum Terlewat, Nota Di Lautan Sepi, Janji Padamu sebelum Ezad pula membuat persembahan dan menyanyikan lagu-lagu hitnya seperti Percayakan Siti, Kapal Terbang Kertas, Seperti Dulu, Julia, dan banyak lagi.

Sepanjang konsert itu peminat juga disajikan dengan visual pendek temubual semua ahli kumpulan Exists iaitu Ajai (keyboard), Along (gitar), Musa (bass), Shah (gitar), Ujang (dram), dan kedua-dua vokalis, Mamat dan Ezad.

Peminat-peminat dihiburkan dengan info-info ‘istimewa’ ahli kumpulan seperti Shah yang suka swafoto dan ada bakat menjadi jurusolek, kisah Ajai yang dikatakan ‘penakut’ oleh ahli kumpulannya dan Along yang suka bermain dengan suis!

Sebagai bonus, mereka juga mempersembahkan lagu baru mereka, Tak Berakhir yang dicipta oleh Ajai, G-nola (Along Exists), dan Musrad dan dinyanyikan oleh kedua-dua vokalis, Mamat dan Ezad sambil klip video bagi lagu tersebut dipaparkan di skrin besar.

Tidak ada sedetik pun yang membosankan tentang Konsert Exists Reunion ini dan sudah tentu para peminat mula merasai sedih apabila ia tiba di penghujungnya ketika Mamat dan Ezad berduet untuk menyanyikan empat lagu terakhir iaitu Langkah Seiringan, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Alasanmu. 

Konsert yang dianjurkan oleh Shiraz Projects ini akan menemui peminat Singapura minggu depan, 5 Oktober dan awal-awal lagi tiket bagi konsert Singapura telah habis dijual! 

Untuk Exists, terima kasih atas persembahan malam tadi. Insha Allah kalau ada lagi, pasti kami datang lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 May 2019

Neelofa Terasa Ditegur Model Senior?

“Saya faham mesej yang dia cuba sampaikan dan saya menerimanya dengan positif.”

Hiburan Sat, 26 Oct 2019
Hiburan Wed, 6 Feb 2019
Featured Thu, 26 Aug 2021

Isteri Pelakon Badrol Shah Meninggal Dunia Selepas Ditidurkan Akibat COVID-19

Pelakon Badrol Shah atau Bad, 39, reda dengan pemergian isterinya, Farah Sheila Mazlan selepas 45 hari bertarung dengan COVID-19. Bad mengumumkan berita duka itu menerusi hantaran di laman Instagramnya. “Kali pertama masa pihak hospital membuat

Events Fri, 20 Dec 2019

Misi Media Prima Digital Raikan 40 Anak-Anak Asnaf Dan Yatim Tonton Ejen Ali The Movie

Musim cuti sekolah kembali lagi dan pasti ramai yang merancang untuk membawa anak-anak khususnya pergi bercuti atau berhibur di hujung tahun. Mengambil kesempatan ini, lebih 10 orang sukarelawan daripada Media Prima Digital telah melaksanakan aktiviti

Featured Thu, 26 Aug 2021

Tiada Pengumuman Kabinet Menteri Hari Ini

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet. Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabatnya, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 3.38

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

画面曝光!周杰伦看蜡像竟「吓到惨摔」

周杰伦最近陪老婆昆凌到新加坡工作,也绕到当地的杜莎夫人蜡像馆;就在他两手空架在好友JJ林俊杰人像脸旁,笑称要「比比看谁的眼睛大」,下一秒蜡像却突然动了起来,把他吓到踉跄好几步,笑翻网友。

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

SIAPA NAK RM1K DARI FAZURA?

“Masih hilang, tolong cari kucing saya. Kami sayang Jem dan sangat merinduinya, ” luah Fazura melalui aplikasi Insta Storynya.

| Live TV

error: Content is protected !!