Categories: HiburanSelebriti

Eyra Hazali Sudah Bertudung, Semoga Kekal Istiqamah!

Pelakon meningkat naik Eyra Hazali mengumumkan tampil dengan imej bertudung sejak kelmarin. 

Akui pelakon berusia 20 tahun ini, niat untuk bertudung sudah lama terpendam namun kekuatan melaksankannya datang baru-baru ini.

“ Tiada paksaan daripada sesiapa. Semuanya atas kehendak hati sendiri. Sebenarnya saya sudah lama niat untuk bertudung, cuma, saya membuat keputusan tampil dengan imej baharu ini sejak Selasa lalu,” katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Eyra turut memadam semua gambar-gambarnya sewaktu tidak berhijab dulu malah tindakannya mendapat pujian netizen.

Dalam masa sama, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali menafikan mengenakan tudung kerana bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Pelakon drama Nur 2 ini bertunang dengan pemain bola sepak dan pemain gol, Haziq Nadzli pada 1 Disember 2018.

SGMS Faida