Ezzaty Abdullah Risau Tengok Keadaan Suami

Pelakon Azwan Kombos dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah sesak nafas, baru-baru ini.

Menurut isterinya, Ezzaty Abdullah, dia membawa suaminya ke sebuah pusat perubatan di Damansara selepas melihat keadaan suaminya yang membimbangkan.

“ Syukur dia stabil selepas mengadu susah bernafas. Azwan memang ada masalah lelah sejak kecil namun terkawal.

“ Saya bimbang lihat keadaannya yang lemah selepas pulang beraya di Bentong, Pahang. Alhamdulillah keadaanya kembali stabil dan dia boleh bernafas tanpa masalah selepas itu,” katanya.

Menerusi laman Instagram Ezzaty, rata-rata peminat pasangan ini mendoakan agar Azwan segera kembali sembuh dan dapat bekerja semula seperti biasa.

Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada Julai 2016. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dahlia.

SGMS Faida