Farahdhiya Bakal Bertunang? – “Dalam Proses Memilih Tarikh Yang Sesuai…”

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya menjadi perhatian warganet apabila membuat sebuah perkongsian di Instagram (IG) baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Farah atau nama lengkapnya Farah Dhiya Mohamed Amin memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia sedang duduk sendirian di atas pelamin.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu seolah-olah memberi bayangan dia bakal mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat.

Manakan tidak, kapsyen yang di tulis Farah ternyata menjadi persoalan warganet.

“Tempat pertunangan sudah ditempah!

“Dalam proses memilih tarikh dan calon yang sesuai,” tulis Farah ringkas.

Sekiranya diamati perkongsian tersebut, mungkin Farah hanya berseloroh.

Meninjau ke ruang komen pula, warganet memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian Farah tersebut. Malah ramai turut mendoakan penyanyi itu mendapat jodoh yang baik kelak.

Khairil Khusyairi