Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 12, 2023 @ 2:03pm

Farid Kamil Dedah Diana Danielle Halau Ibu Kandung Sendiri Sejak 2019?

Pelakon Farid Kamil, 42, mendedahkan isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle Danny Benson, 32, telah menghalau ibu kandunganya sendiri, Norsiah Ramli dari kediaman pasangan ini sejak tahun 2019 lagi.

Menurut Farid, semenjak dari itu dia tidak dapat menghubungi ibu mentuanya selama mana dia dihalau dari rumah berkenaan sehinggalah baru-baru ini Norsiah muncul di Mahkamah Tinggi Syariah ketika sebutan kes hadanah iaitu penjagaan dua orang anaknya, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, pada 5 April lalu.

“Mama Norsiah sebenarnya, saya tidak dapat hubungi dia kerana setahu saya daripada 2019 tu Diana dah halau Norsiah keluar daripada rumah kami sebenarnya.

“Tetapi, tiba-tiba pada 2023 dia muncul di sini (Mahkamah) iaitu pada minggu lepas. Jadi itu sangat mengejutkan pada saya  kerana  sepatutnya Diana kena explain kepada saya kenapa dia menghalau Norsiah pada tahun 2019 dan tidak mahu berjumpa dengan dia pada ketika itu. Tapi bila jadi perkara-perkara ni, suddenly Norsiah muncul,” katanya.

Sebelum ini, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu meminta Diana supaya segera bertaubat di atas tindakannya dan sentiasa menjaga adab memandangkan dia masih lagi berstatus isteri yang sah.

“Saya harap doa orang ramai dan saya sendiri dapat dimakbulkan agar Diana berlembut hati kerana dia masih isteri saya.

“Dalam tempoh saya tidak dapat berjumpa dia, saya berharap Diana dapat menjaga adab dan jangan lupa dirinya masih isteri saya.

“Bertaubatlah sebelum terlambat dan bila saya dengar dan tahu apa akibat di sebalik apa yang dia buat itu, dia mungkin ditimpa laknat yang saya sendiri tak boleh ungkapkan.

“Saya sebagai manusia saya akan maafkan dia, apa saja kesalahan yang dia buat sebab dia adalah isteri saya dan juga ibu kepada anak-anak saya.

“Saya tetap mahu menyelamatkan rumah tangga ini, saya sayangkan Diana dan juga anak-anak saya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tawaran Pendamaian Berjumlah Lebih RM300,000 Termasuk Kereta Toyota Vellfire, Farid Kamil Harap Dapat Lembutkan Hati Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:Farid Kamil Perjelas Cincin Kahwin Hilang, Maafkan Diana Danielle – “Bertaubatlah…Dia Mungkin Ditimpa Laknat”

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh prosiding sulh kedua buat pasangan Farid Kamil, dan isterinya, Diana Danielle.

Keputusan itu dibuat susulan kegagalan Diana menghadiri prosiding, pada Isnin.

Pada 10 Mac lalu, Diana telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan yang diberikan adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

ARTIKEL BERKAITAN:Enggan Mengalah, Farid Kamil Takkan Berhenti Cari Anak & Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Hadanah, Farid Kamil Harap Keadilan Dapat Ditegakkan

ARTIKEL BERKAITAN:Perintah Hadanah Diana Danielle Diterima, Dakwaan Curang Hanya Alasan Farid Kamil – “Selepas Fail Kes Baru Semua Benda Ni Keluar”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Bila Jenayah Ibarat Silang Kata Di Fikiran… Saksikan JIBRIL Bermula Malam Ini!

Drama Jibril mengisahkan seorang peguam tampan bernama Jibril yang memiliki kepintaran luar biasa dan berkebolehan melakukan kesimpulan. Rugi kalau korang tak tengok tau!

Featured Fri, 13 Sep 2024

Ejen Ali The Movie 2 Tampil Kelainan, Telan Kos Sehingga RM10 Juta

Tak sabarnya nak tengok Ejen Ali😍😍 Bangkit satria!

Featured Mon, 4 Oct 2021

Rentas Negeri Dikhabarkan Bermula Jumaat Ini, Kadar Vaksinasi Dijangka Capai 90 Peratus

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabru baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai kebenaran rentas negeri yang bakal bermula tidak lama lagi. Justeru, terdapat pelbagai pandangan mengenai kebenaran tersebut khususnya dalam kalangan pakar virologi dan epideomologi Menurut […]

Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun Selepas Ada Cecair Keluar Melalui Hidung

Hiburan Tue, 2 May 2023
Events Thu, 12 May 2022

Semak Senarai Kategori Permohonan Rayuan BKM 2022 Yang TIDAK Dibenarkan Dibuat Secara Online

Haa, boleh semak mana tau ini punca bantuan BKM anda tidak berjaya…

Agama Fri, 7 Jun 2024

Isu Status Hadis, JAKIM Akan Panggil Ustaz Don Beri Penjelasan 

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik

error: Content is protected !!