Categories: HiburanSelebriti

“Farid Kamil Tertekan Lama Tak Jumpa Anak”

Farid Kamil sendiri yang kini berada di bawah tahanan reman polis, adik pelakon berkenaan menjelaskan beberapa perkara berikutan kejadian tersebut. 

“Ketika bertemu dia (Farid Kamil) beritahu saya bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan dua anaknya. Dia kelihatan murung namun saya tidak sangka dia bertindak sedemikian”

“Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar,” katanya 

Bagaimanapun, menurut laporan yang mendapatkan kenyataan isterinya, Diana Danielle, pihak pelakon wanita berkenaan tidak pernah menghalang Farid untuk bertemu dengan anak-anaknya.

Farid Kamil kini direman selama empat hari sehingga Isnin ini bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan

SGMS Enal