Fizo Omar, Mawar Cerai Talak Satu

Selepas heboh dengan spekulasi rumah tangga berantakan, pelakon Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim bercerai dengan talak satu.

Perkahwinan pasangan ini berakhir apabila disahkan bercerai Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, hari ini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan lafaz perceraian selepas Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Mawar, 30.

Che Abdullah mensabitkan penceraian kali pertama dengan talak satu dan memerintah Mawar menjalani tempoh idah selama tiga bulan.

Kemelut rumah tangga Fizo dan Mawar menjadi perbualan netizen dan media selepas pasangan berkenaan didapati meraikan sambutan Syawal di kampung halaman masing-masing.

Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.- Sinar Harian

SGMS Faida