Foto Berpelukan, Wak Doyok & A. Aida Undang Komen Nakal Netizen

Usahawan Wak Doyok mencuri perhatian netizen apabila berkongsi foto bersama penerbit, Datuk A. Aida semasa menyambut ulang tahunnya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Datuk A. Aida turut diundang ke majlis tersebut dan bergambar sambil memeluk pinggang Wak Doyok.

“Restu.. @a_aidaproduction,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau diruangan komen, rakan-rakan artis seperti Anuar Zain, Zoey Rahman dan Dazrin Kamarudin serta pengikutnya mengucapkan selamat ulang tahun dan mendoakan yang baik untuk dirinya.

Malah, ada juga yang meninggalkan komen-komen nakal dengan menyatakan dirinya dan Aida kelihatan sepadan bersama.

“Dah sepadan sangat ni.

“Tahniah wak bila nak kahwin jangan lambat-lambat kan wak tak baik.

“Kasi jadi wak.. Auto wak jadi datin nanti,” komen netizen.

Maya Basir