Foto Lucah Tersebar, Ini Jawapan ‘Sempoi’ Faizal Tahir!

“Biar netizen menilai sendiri. Terpulang kalau orang kata ia saya, tak ada apa yang perlu saya sembunyikan,” jawab penyanyi Faizal Tahir berhubung foto bogel miripnya yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Faizal, dia enggan melatah dengan dakwaan yang disifatkan sebagai percubaan ‘merobohkan’ rumah tangganya.

“ Saya rasa saya tak perlu jawab apa-apa kerana apa yang penting, isteri saya dan Allah sahaja yang tahu mengenai perkara ini.

“ Untuk individu berkenaan, saya doakan baik-baik untuknya,” katanya di majlis pelancaran album terakhirnya yang berjudul Rojak di pejabat Warna Music Malaysia, Menara TSR, Mutiara Damansara.

Tambah Faizal, di usia 41 tahun dia tidak mahu memikirkan perihal negatif yang boleh merosakkan kariernya sebagai penyanyi dan komposer.

“Gambar itu bukan disebarkan oleh saya. Jika ada yang merasakan itu saya, enjoy it,” ujarnya ringkas.

SGMS Enal